pEm!nAt KeSaYaNgAnKu

Thursday, January 5, 2012

CiNtA JaRaK JaUh

assalamualaikum...

ak nk share skit tips2 cnta jarak jauh..
al maklum la..
bonbon ak da nk msok asrama,,
ak pown xtaw ag nk smbung bljar kt na..
so..
utk jga relationship yg agak jaoh nie..
ak nk try tips nie..
hehehe..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

1. Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang
Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu. Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan. Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi. Apa tafsiran anda mengenai kualiti dalam komunikasi?
Jika ada peluang untuk berhubung dengan si dia dalam keadaan tidak sibuk,manfaatkan dengan bertanya khabar,apa yang dilakukan hari ini,ada atau tidak masalah yang membebankan fikiran dan kongsi bersama serta selitkan sedikit humor untuk membibitkan senyuman. Maka disitulah wujud sifat berterus terang dan berkongsi agar kamu sedar bahawa masing-masing saling memerlukan. Komunikasi berkesan bukanlah semestinya perlu berhubung 24/7 ( 24 jam 7 hari seminggu ) setiap masa. Oh! Itu sangat merimaskan dan siapa suka keadaan seolah-olah dikongkong? 2 – 3 kali berhubung dalam seminggu mengikut kelapangan sudah memadai asalkan berkualiti.
2. Bijak Memilih Rakan Untuk Berkongsi Hal Cinta
Bila berjauhan pasti rasa tidak senang didalam hati itu ada. Risau, cemburu wujud bila si dia tiada dekat dengan kita. Bila dekat pun boleh cemburu apatah lagi bila berjauhan? Bagi yang tidak pernah atau pertama kali melalui percintaan jarak jauh sudah tentu ada rakan yang menjadi tempat luahan hati memikirkan perhubungan itu. Seperti yang dinyatakan, dugaan jarak jauh pasti menimbulkan sedikit prasangka. Bimbang si dia tidak jujur dalam perhubungan kamu.
“Kau boleh percaya ke dia kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan boleh nampak!”
“ Percayalah si dia takkan mengkhianati hubungan korang bina selama ini. Aku dah kenal dia macamana”
Kadang-kala ada rakan yang iri hati dengan hubungan yang kamu bina bila lihat jarak kamu berdua jauh terpisah tetapi tetap teguh bertahan,seperti ayat pertama yang cuba mencari alasan untuk menggoyahkan hubungan itu. Perlukah rakan seperti itu! Dan ada juga rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana sedar dan faham dugaan berjauhan itu besar. Rakan yang baik dan memahami akan sentiasa menyokong kita bila susah dan senang. Bijaklah memilih rakan untuk berkongsi hal cinta kerana kata-kata mudah mempengaruhi perihal hati dan perasaan. Rakan yang menyokong kamu ditambah dengan komunikasi dua hala yang berkualiti membuatkan diri lebih kuat menempuhi percintaan jarak jauh.
3. Saling Percaya Satu Sama Lain
Yang terakhir dan merupakan paling penting dalam menjaga percintaan jarak jauh ialah percaya. Ya! Sikap percaya antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu dijalinkan?
Besar peranan sikap saling mempercayai ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu berfikir begitu.
Jangan cuba mengkhianati kepercayaan itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bila bercinta jarak jauh. Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.
Konklusinya takkan berjaya percintaan jika tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin 3 elemen ini seperti tajuknya untuk percintaan jarak jauh tetapi sedar atau tidak jika bercinta dalam jarak yang dekat pun 3 perkara ini mesti ada dalam perhubungan. Hargai cinta yang wujud itu dengan seikhlasnya, kekalkan ia walau apa dugaan yang menimpa sampai bila-bila..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
love,

M!sZ !NaN!Na







No comments :

Post a Comment